Wednesday 17 August 2011

"Selamat Menyambut Nuzul Qur'an" buat semua saudara islamku..
Semoga bertambah ilmu dan amal untuk bekalan hari muka..
v3%2f21%2f530421%2f4%2f46368146.umrahjulaiIMG_1480.jpg

Tuesday 16 August 2011

Kewajipan sembahyang (solat)

Hadis :

JOM relaks dulu....

Hikmah bersugi

  • Mendapat pahala.
  • Diredhai Allah S.W.T .
  • Dapat menjaga kebersihan gigi.
  • Menyegarkan bau mulut.
  • Menjaga kesihatan mulut dan gusi.




BERSUGI

Pengertian :

-Membersihkan mulut dengan sesuatu alat yang bersih lagi suci.


Hukum :
-Sunat Muakkad.(iaitu sunat yang digalakkan ketika melakukan sesuatu ibadat.

Mulut

                                                   


Friday 22 July 2011

SYARIAT DALAM BERMASYARAKAT

Sesebuah keluarga yang bahagia sudah pastinya boleh menyumbang kepada pembinaan sebuah institusi masyarakat yang berwibawa, sejahtera dan bertakwa.Ruang lingkup sosial individu yang membentuk keluarga ini tidak terbatas hanya sesama ahli keluarganya semata-mata, bahkan meliputi hubungannya dengan masyarakat disekitarnya.

Justeru itu,corak pergaulan, adab bersahabat, berjiran dan bermasyarakat amat perlu dipelajari dan diamalkan selari dengan tuntutan syariat Islam.

ADAB BERSAHABAT

Terdapat banyak panduan yang telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini,antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus diilih sebagai teman / rakan"

Al-Qamah,seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:-
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  • Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.





Friday 24 June 2011

TAYAMUM

Rukun-rukun Tayamum

Rukun tayamum ada empat ;-

  1.  Niat (Lafaz ;Sahaja aku bertayamum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah SWT.
  2. Menyapu debu tanah ke muka
  3. Menyapu debu tanah di tangan sehingga siku (dengan debu yang lain)
  4. Tertib